Adakah Anda…
1. suka mendiamkan perasaan cinta Anda dengan cara bukan lisan. Anda menyatakan perasaan itu melalui tulisan, sms, teks, chat box, email atau mesej di Facebook?
2. suka meluahkan perasaan cinta Anda terus terang secara berdepan dan mahu melihat sendiri respon pasangan Anda setelah Anda meluah perasaan?
Cinta jangan dipendam lama-lama. Akibatnya banyak.
Mungkin kita akan terlepas orang yang kita dalam diam (sebab dia langsung tak tahu kita mencintai dia). Kesan lain, kita hanya syok sendiri. Bila tiba masa meluah dan dia tidak menerima kita, akhirnya kita jadi sakit hati, geram, frust!.
Bagi Anda yang sedang bercinta dan sedang mencari-cari rahsia kebahagiaan bercinta, kekalkan sikap jujur. Dalam era zaman sekarang, pembohongan berlaku di mana-mana bagaikan sudah jadi satu kebiasaan. Cinta perlukan kita jujur, supaya pasangan kita setia pada kita.
Ratusan masalah cinta timbul sebab salah seorang dari pasangan suka berbohong, bahkan dalam situasi lain, kedua-dua pasangan cinta saling bohong-membohongi antara satu sama lain semata-mata untuk ‘cover line’. Sekali berbohong, kita akan suka berbohong berkali-kali di masa lain semata-mata untuk ‘menyelamatkan’ diri kita.
Andai kata Anda seorang yang pendiam, tak banyak cakap dan seorang pemalu, belajarlah untuk menunjukkan rasa cinta Anda melalui perkataan di lidah. Katakan apa yang ada di hati. Lontarkan apa yang ada di fikiran Anda.
Berlakonlah jadi orang yang cukup konpiden tiap kali meluahkan apa yang Anda rasa. Luahkan dengan tenang, spontan, tanpa banyak fikiran.
Cari ketika yang sesuai, jangan luah sembarangan sebab luahan cinta tu akan jadi seperti lawak jenaka yang tidak ada makna apa-apa.
Kita perlu pandai mengekspresikan perasaan cinta kita dan membuat orang faham yang kita cintakan dia.
0 komen entry ni:
Catat Ulasan