Kawan Cik Jah

Selasa, 1 November 2011

Berkecil hati itu berdosa?


Kisah Ayah dan anaknya
 
Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati "

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pula yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Wah... Tapi kenapa pula? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah terlena dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ampun Tuhan...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. Orang tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili
So, the conclusion is...
Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

Untuk kengkawan
 
Saya ingin mengambil kesempatan mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya… andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^
Untuk dia, aku nak tengok macam mana rupa ko 'mati katak'...YOU MEAN IT!
Sumber

Rabu, 5 Oktober 2011

Ada Aku Kesah

Aku nk mlalut apa eak? aku pn tk pasti. tp rini Cik Jah rasa mcm nk sllu jek sebut pkataan tu.. 'Ada Aku Kesah?'...

huhuhuhu.. ko nk mngelamun ke, ko nk tt0nggeng ke, ko nk wat apa2 skali pun..

ADA AKU KESAH????

Cik jah ulang lagi skali..

ADA AKU KESAH???

muahahahahahaha.... xde pe... sj.. k la all..
caw cin caw

Selasa, 4 Oktober 2011

Kejadian seram Di Bilik ICU



Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.


Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.


Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.


Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.


Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.


Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….

Rabu, 14 September 2011

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan juga di IPTS


Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;


dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

P/S : kah! kah! kah! hahahahaha…. dah2… komen bawah n sambung wat keje…. 

Selasa, 6 September 2011

Bila Anganan Jadi Kenyataan

Agak lama gak tk update entry kn... sori la korg, xde citew yg bez utk dkongsikn bsama, dtmbah lagi dgn 'ksibukan' yg sgja dbuat2.. hahahaha..

pape pn, ...

Syukur ke hadrat Illahi, kerana dgn izinnya Cik Jah dpt kecapi apa yg Cik Jah inginkn selama ni..

raya ni trasa lebey bmakna krn dpt mberikn kgembiraan pada mereka2 yg Cik Jah syg.. trutamanya abah, tk pernah nmpk abah senyum manjang mcm tu ritu... Alhamdulillah, tq god..

apa yg Cik Jah mksdukn ni ye?.. 25 Ogos 2011 tarikh yg mmg xdpt sy luper kn smpi biler2. tarikh ni la Cik Jah sah mdapatkn ssuatu yg Cik Jah inginkn selama ni (sah? mcm gempak jek bunyi kn? huhuhu).. apa tu ye?.. jom kiter tgk..

si tonggek

so dpt teka la kn apa?.. hehehehe...

k la all, xde mende nk dbebelkn pn.. cm nk bkongsi rasa gmbira n syukur.. hope, korg pn sama taw.. moga apa yg korg inginkn n impikn akn jadi knyataan.. InsyaAllah, Usaha Tangga Kejayaan...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Orang Yang Di Kabulkan Doanya


Bismillahirrahmanirrahim,
Banyak orang yang tidak bisa memanfaatkan kesempatan untuk berdoa, padahal boleh jadi seseorang itu tergolong yang mustajab doanya tetapi kesempatan baik itu banyak disia-siakan. Maka seharusnya setiap muslim memanfaatkan kesempatan tersebut untuk berdoa sebanyak mungkin baik memohon sesuatu yang berhubungan dengan dunia atau akhirat.

Di antara orang-orang yang doanya mustajab.

[1]. Doa Seorang Muslim Terhadap Saudaranya Dari Tempat Yang Jauh

Dari Abu Darda' bahwa dia berkata bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Tidaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak di hadapannya, maka malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata : "Amin, dan bagimu seperti yang kau doakan". [Shahih Muslim].

Imam An-Nawawi berkata bahwa hadits di atas menjelaskan tentang keutamaan seorang muslim mendoakan saudaranya dari tempat yang jauh, jika seandainya dia mendoakan sejumlah atau sekelompok umat Islam, maka tetap mendapatkan keutamaan tersebut. Oleh sebab itu sebagian ulama salaf tatkala berdoa untuk diri sendiri dia menyertakan saudaranya dalam doa tersebut, karena disamping terkabul dia akan mendapatkan sesuatu semisalnya. [Shahih Muslim]

Dari Shafwan bin Abdullah bahwa dia berkata : Saya tiba di negeri Syam lalu saya menemui Abu Darda' di rumahnya, tetapi saya hanya bertemu dengan Ummu Darda' dan dia berkata : Apakah kamu ingin menunaikan haji tahun ini ? Saya menjawab : Ya. Dia berkata : Doakanlah kebaikan untuk kami karena Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Artinya : Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya terkabulkan dan disaksikan oleh malaikat yang ditugaskan kepadanya, tatkala dia berdoa untuk saudaranya, maka malaikat yang di tugaskan kepadanya mengucapkan : Amiin da bagimu seperti yang kau doakan". Shafwan berkata : "Lalu saya keluar menuju pasar dan bertemu dengan Abu Darda', beliau juga mengutarakan seperti itu dan dia meriwayatkannya dari Nabi. [Shahih Muslim]

Nabi Nuh 'Alaihis Salam dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Ya Rabb! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang-orang mukmin yang masuk ke rumahku dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan". [Nuh : 28].

Dan juga bertentangan dengan doa Nabi Ibrahim 'Alaihis Salam dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Ya Rabbi, ampunilah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab". [Ibrahim : 41]

Serta Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga diperintahkan seperti itu yang
terdapat dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan". [Muhammad : 19]

Yang jelas permohonan dengan lafazh umum tidak mengharuskan permohonan untuk setiap orang secara kolektif. Mungkin yang dimaksud oleh Al-Qafary bahwa mendoakan kaum muslimin secara kolektif dilarang bila seorang yang berdoa menginginkan keseluruhan tanpa pengecualian dan bukan pelarangan terhadap syariat doanya. [Fathul Bari 11/202]

[2]. Orang yang Memperbanyak Berdoa Pada Saat Lapang Dan Bahagia

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya :Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang". [Sunan At-Tirmidzi,].

Syaikh Al-Mubarak Furi berkata bahwa makna hadits di atas adalah hendaknya seseorang memperbanyak doa pada saat sehat, kecukupan dan selamat dari cobaan, sebab ciri seorang mukmin adalah selalu dalam keadaan siaga sebelum membidikkan panah. Maka sangat baik jika seorang mukmin selalu berdoa kepada Allah sebelum datang bencana berbeda dengan orang kafir dan zhalim sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.

"Artinya : Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya ; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu". [Az-Zumar : 8].

Dan firman Allah.

"Artinya : Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya". [Yunus : 12. Mir'atul Mafatih 7/360]

[3]. Orang Yang Teraniaya

Dari Mu'adz bin Jabal Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)". [Shahih Muslim,]


[4] & [5]. Doa Orang Tua Terhadap Anaknya Dan Doa Seorang Musafir.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Artinya : Tiga orang yang doanya pasti terkabulkan ; doa orang yang teraniyaya;doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya". [Sunan Abu Daud,. Sunan Ibnu Majah,]

[6]. Doa Orang Yang Sedang Puasa

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahwa dia berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

"Artinya : Tiga doa yang tidak ditolak ; doa orang tua terhadap anaknya ; doa orang yang sedang berpuasa dan doa seorang musafir". [Sunan Baihaqi,].

[7]. Doa Orang Dalam Keadaan Terpaksa.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

"Artinya : Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadanya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi ? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu menginga(Nya)". [An-Naml : 62]

Imam As-Syaukani berkata bahwa ayat diatas menjelaskan betapa manusia sangat membutuhkan Allah dalam segala hal terlebih orang yang dalam keadaan terpaksa yang tidak mempunyai daya dan upaya. Sebagian ulama berpendapat bahwa yang dimaksud dengan orang terpaksa adalah orang-orang yang berdosa dan sebagian yang lain berpendapat bahwa yang dimaksud terpaksa adalah orang-orang yang hidup dalam kekurangan, kesempitan atau sakit, sehingga harus mengadu kepada Allah. Dan huruf lam dalam kalimat Al-Mudhthar untuk menjelaskan jenis bukan istighraq (keseluruhan). Maka boleh jadi ada sebagian orang yang berdoa dalam keadaan terpaksa tidak dikabulkan dikarenakan adanya penghalang yang menghalangi terkabulnya doa tersebut. Jika tidak ada penghalang, maka Allah telah menjamin bahwa doa orang dalam keadaan terpaksa pasti dikabulkan. Yang menjadi alasan doa tersebut dikabulkan karena kondisi terpaksa bisa mendorong seseorang untuk ikhlas berdoa dan tidak meminta kepada selain-Nya. Allah telah mengabulkan doa orang-orang yang ikhlas berdoa meskipun dari orang kafir, sebagaimana firman Allah.

"Artinya : Sehingga tatkala kamu di dalam bahtera, dan meluncurkan bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira karenanya, datanglah angin badai, dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahwa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan keta'atan kepada-Nya semata-mata'. (Mereka berkata) : 'Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pastilah kami termasuk orang-orang yang bersyukur". [Yunus : 22]

Dan Allah berfirman dalam ayat lain

"Artinya : Maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali) mempersekutukan (Alla)". [Al-Ankabut : 65].

Dari ayat di atas Allah mengabulkan doa mereka, padahal Allah tahu bahwa mereka pasti akan kembali kepada kesyirikan. [Fathul Qadir 4/146-147]

Imam Ibnu Katsir berkata bahwa Imam Hafizh Ibnu 'Asakir mengisahkan seorang yang bernama Abu Bakar Muhammad bin Daud Ad-Dainuri yang terkenal dengan kezuhudannya. Orang tersebut berkata : "Saya menyewakan kuda tunggangan dari Damaskus ke negeri Zabidany, pada satu ketika ada seorang menyewa kuda saya dan meminta untuk melewati jalan yang tidak pernah saya kenal sebelumnya", Dia berkata : "Ambillah jalan ini karena lebih dekat". Saya bertanya : "Bolehkah saya memilih jalan ini", Dia berkata : "Bahkan jalan ini lebih dekat". Akhirnya kami berdua menempuh jalan itu sehingga kami sampai pada suatu tempat yang angker dan jurangnya yang sangat curam yang di dalamnya terdapat banyak mayat. Orang tersebut berkata : "Peganglah kepala kudamu, saya akan turun". Setelah dia turun dan menyingsingkan baju lalu menghunuskan golok bermaksud ingin membunuh saya, lalu saya melarikan diri darinya, akan tetapi dia mampu mengejarku. Saya katakan kepadanya : "Ambillah kudaku dan semua yang ada padanya". Dia berkata : "Kuda itu sudah milikku, tetapi aku ingin membunuhmu". Saya mencoba menasehati agar dia takut kepada Allah dan siksaan-Nya tetapi ternyata dia seorang yang tidak mudah menerima nasehat, akhirnya saya menyerahkan diri kepadanya.

Saya berkata kepadanya : "Apakah anda mengizinkan saya untuk shalat?" Dia berkata : "Cepat shalatlah!" Lalu saya beranjak untuk shalat akan tetapi badan saya gemetar sehingga saya tidak mampu membaca ayat Al-Qur'an sedikitpun dan hanya berdiri kebingungan. Dia berkata : "cepat selesaikan shalatmu!", maka setelah itu seakan-akan Allah membukakan mulut saya dengan suatu ayat yang berbunyi.

"Artinya : Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadanya, dan yang menghilangkan kesusahan". [An-Naml : 62]

Tidak terduga muncul dari mulut bukit seorang satria datang ke arah kami dengan menggemgam tombak di tangannya, lalu melempar tombak tersebut ke arah orang tadi dan tombak pun mengenai jantungnya lalu seketika itu orang tersebut langsung mati terkapar. Setelah itu, maka saya memegang erat-erat satria tersebut dan saya bertanya : "Demi Allah siapakah engkau sebenarnya?" Dia mejawab : "Saya adalah utusan Dzat Yang Maha Mengabulkan permohonan orang-orang yang dalam keadaan terpaksa tatkala dia berdoa dan menghilangkan segala malapetaka". Kemudian saya mengambil kuda dan semua harta lalu pulang dalam keadaan selamat. [Tafsir Ibnu Katsir 3/370-371]

Jumaat, 12 Ogos 2011

Tidak MUDAH.. Tapi Akan Terasa INDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya
Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...
Dan ikhlash hanya mengharap ridlo Ilahi

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyadari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya

Selasa, 9 Ogos 2011

Kaedah Penjimatan Bahan Api

Apabila kereta semakin banyak menggunakan petrol berbanding sebelum ini ia mungkin disebabkan beberapa faktor seperti cara menggunakan gear, menekan pedal minyak dan menghidupkan kereta terlalu lama ketika berhenti.

Punca lain mungkin disebabkan oleh kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke kedai untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan.
Apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol hingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi daripada tahap biasa.Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Alat membawa barang atas bumbung kereta atau MPV boleh menambah lima peratus penggunaan petrol. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika memecut.

tq kpd : Sumber

Selasa, 12 Julai 2011

Hati Seorang Wanita


Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.
Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,
Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.
Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..
Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!
Bagaimana jika anda menghadapinya?

Isnin, 4 Julai 2011

Wedding Day

03 07 2011

wah! mention tarikh tu beso benor.. ada apa ngan tarikh tu..
akk aku kawen.. yeah!.. kawen dh akk aku ni..

tutup-tutup muka lak dia.. hehehe

kak eda! kak eda! akk dh kawen ke?.. mcm xcaya je kn?
pape pn...
''SELAMAT PENGANTIN BARU MOGA BKEKALAN HINGGA KE SYURGA''
jaga abg klasik molek2 taw.. jgn 'tiger' sgt..(tiru ayat baem jap, eh! silap along raja lawak la..kikiki)

amy, kak noy, kak azie, syam, baem, hadi, wan n lina

bgambar dgn pngantin
 Ni antara mber2 maktab yg dtg... thanks taw korg dtg utk meriahkn g majlis.

Pic kat bawah ni, org yg sibuk2 nk tgk gmbr kak eda kawen. dtg xnak.. geget kang


jgn salah fhm ye.. sbenarnya nk mention kat tarikh n waktu n tmpt n lokasi peristiwa jek ni.
sj je tu, bukan pening pn.. wekzz!!~.. 

mmg sngaja nk interframe pic dia.. hehehe.. jaat kn?
masa ni kt tn.sheh. dia kata selasa ni(05072011) laz day kt cni.. huhhu.. cedey.. awak, nti jgn rindu sy taw.. emmm, mcm silap ckp jek.. hah! ignore jek..

sesak nafas... sesak nafas.. awak dh wat sy sesak nafas time ni. dh la sesak nafas. pastu tk nk lepas kn.. so sapa g jaat?.. sian taw sy. huhuhu.. (ayt mcm gedix jek)

dia ni pattern yg susah nk amek pic utk senyum.. so, mmg mls nk uploas pic muke dia yg namo senyum.. cubit idung tu karang..

k la all.. sekian utk kali ni.. kire kisah 2 in 1 la ye.. wedding kak eda n .......... emmm, ntah sapa~

Rabu, 29 Jun 2011

Kisah Hati Yang Sukar Untuk Di Selami


Kadang hati kita selalu dduga dgn rasa bbelah bagi, mjadi serba salah mencari ssuatu kputusan. Kerana kita takut akan kesan di  atas pilihan yang ada. Merasakan jalan psinggahan di setiap suratan itu masih ada tselit tsirat satu kenangan. Merasakan masih ada yang ttangguh dalam mcoretkan impian.

Kadang hati kita ingin kseorangn dalam mjejak mimpi yang hilang, tapi kita takut dalam merasakan sunyinya mlalui jiwa yang sepi. Ingin mbelai jiwa yang dalam derita, mmujuk hati mcipta imaginasi yang kita rasa kita kuat, sedangkan sebenarnya kita lemah. Dalam mmujuk diri sndiri, kseorangn itu bahagia tapi sbenarnya kita tidak lagi mampu mnipu hati kerana hati ini tidak mudah untuk pulih.

Kadang hati kita amat rindukan satu tatap wajah lalu yang pernah bahagiakan jiwa, tapi setenang mana hati itu bilaa msih lagi merasakan khilangan? Dan jika ada takdirnya, btemu kembaliw ajah itu, kita tetap sama punyai luka yang masih bparut. Dan cerita itu masih jua sakit walau tiada lagi perihnya.

Kadang hati kita rasakan amat dekat pada sseorang, tapi sebenarnya dirinya semakin mjauh dalam sati kisah cerita yang kita tidak tahu. Walau setiap nafasnya mampu kita dengar, tapi hatinya tiada ruang untuk kita selami.

Selasa, 28 Jun 2011

29 Mei 2011 (Episod 1)


29 Mei 2011.. Episod 1
Kenapa eak ngn tarikh tu?...  3 in 1... wah! Mcm nescafe la pl kn?.. huhuhu.. tp seyez. Mmg ia btl2 mnguji Cik Jah..
Pertama :- huhuhuhu.. bikin kecoh lak. Mcm nk beri syarat kat bakal lakik lak.. huhuhu..
Cik Jah dgn rajin nyew citew dr mula la ye..
Ari ahad tu, dgn kbosanan yg tahap maximum. Cik Jah dgn rajin nyew g la balik kg. Slain tu nk anta baju n kecik kn baju.. dh siap segala urusn, dlm kul 6 tu, Cik Jah pn btolak blik JB. Tgh otw tu, de mber col nk jmp kt Kulai. Masa tu smpi Kulai ada la dlm area maghrib.. tu la, mak abah nenek moyang dh pesan, jgn merayau time maghrib.. tgh syok2 lipat kt simpang... sekali jek.. GEDEBUK!!.. KEBABOM!... huhuhu.. bikin gempak jek. Mcm bunyik bom..

Apa blaku? Apa blaku?.. mesti ttnya2 kn?.. sekali jek kene langgar daaaa..  nk dpendekn citew. Jmp mber tu kt balai daaaaa~.. huhuhu.. sian kn? Xpe la, redha jek.. seyez beb. Masa tu Cik Jah mmg tkut. Mana tk nyew. 1st time excident, giler kentang kalau Cik Jah kata Cik Jah tk nanes n rasa nk peluk org taw.. hhuuhu.. hal tu settle kt balai, dak yg tk de lesen tu lak lari entah kmana. Lps bberapa ari bapak dia minta ganti rugi.. pegghhh!! Mcm vavi pn de gak.. kete aku dh hbis 8rat.. dia mo minta g ka? Bistu klu aku byr krosakn moto dia, dia ada nk tlg krosakn kete aku? Byk cantek.. cium kaki aku dl br aku bg.. oppzz!! Itu nada2 tak puas ati la tu.. hehehehe

Pape pn, alhamdulillah.. wlupn poket kering. Cik Jah selamat. Kete pn, alhamdulillah. Sempurna dh indahnya. Cm agak sedey gak la. Sbb kene tukar body belah kiri depan.. mcm2 la kene tukar ritu sbb kemek. Byg kn pintu depan tu leh buka suku jek. Sedey tk? Tlg la sedey kn.. huhuhu..

N dsebalik kjadian tu, alhamdulillah. Cik Jah mmg pcaya ada hikmahnya.. apa?.. hehehe.. biarlah Allah je yg th...

K la, panjang lak cite ni. So cik jah jadikn ia episod 1 la ye.. nti2 cik jah sambung  3 in 1 tu ye.. hehehehe..

~Miss you all~ 

Khamis, 23 Jun 2011

Alahai POKETMON

Seyez beb.. Cik jah tgh nk cari part time... yg penting tk mmerlukan utk mmakai uniform kijew.. huhuhu.. ada tak?..

grgrgrgrgrgrgrgrgrgrgrgr.. seyez tgh cari part time ni..

HELP ME ! ! ! !
PLZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ ...

Rabu, 25 Mei 2011

Saya Dah Jumpa ! ! !

Waaaaaaaarrrrrrrrgggghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

hahahahaha.. 
dh kenapa la Cik Jah ni kn.. tiba2 jek.. kn pe.. Cik Jah dh jumpa 0rg tu.. org yg selama ni mngelak dari jumpa kitorg.. n seseorg yg pernah mjadi 'ssuatu' dhati Cik Jah... huhuhu.. suspen tak?suspen tak?.. sapa ye?..

ADE LERRRRRRRRRRRR..
biler2 t Cik Jah sambung citew ni.. sbb Cik Jah pn tak confident g. apa tujuan dia. sbb khadirannya penuh tanda tanya...


Khamis, 12 Mei 2011

Tiada Kata Secantik Bahasa

 
 
Kata2 As-syahid Hassan Al-Banna : Ketenteraman,ketenangan & perlindungan.Itulah kata yang tepat untuk menggambarkan hubungan antara lelaki & perempuan.Seorang perempuan,Wahai saudaraku,berlindung pada suaminya untuk memperoleh kekuatan & kehidupan,sedangkan lelaki berlindung kepada isterinya untuk memperoleh kecintaan & kehidupan.
 
tak tahu nk kata apa2 skrg, rasa yg Cik Jah alami ni. Hanya Allah yang tahu. Cik Jah hny pohon ktabahan ati utk hadapi segalanya. m0ga sgala2nya berakhir dgn sbuah jawapan yg mbahagiakan semua pihak..

Jumaat, 6 Mei 2011

Kehidupan Ini


Dalam kita melangkah,seringkali kita d uji dgn bermacam-macam jenis ujian.Adakalanya kita mamapu mngatasi uijian itu dan adakalanya kita trsungkur.Namun ketahuilah bahawa semakin tinggi ujian itu,smkin syg DIA dgn kita.Ada sesetengah mnusia yg diuji dgn ujian yg sederhana,namaun dia tetap tewas.ada juga manusia yg d ujia dgn ujian yg bgitu berat namun dia msih mmpu trsnyum dan mngucapkn kata tahmid Alhmdulillah..=)

        tak smua yg kita inginkn akan trcapai,nmun kita boleh brdoa supaya apa yg kita impikn trcpai..knapa kita blajar bersungguh-sungguh,tp kputusan exm x mmbanggakan?? perlu d nyatakn d cni bhwa "ssungguhnya stia perbuatan atau amaln itu brgntung pd niat." x gna jgak kalo kita bljar brsungguh sungguh hnya smata2 nk exm..oleh itu btulkn niat msing2.."ssungguhnya solatku,ibadahku,hdup dan matiku hnya kernaNYA.." n lbih baik..pd stiap perbuatan yg kita lakukn ..kita niat sume krnaNYA...<3

      jika kita sdih renunglah pd keindahan alam ciptaanNYA..cuba alihkn mata kita ke laut..airnya cntik mmbiru dan pnuh ketenangn...hnya ALLAH shaja thu akn rhsia d dalamnya..bgitu juga dgn khidupn kita. saat bhgia dan riang ketawa hanya ALLAh shja yg thu khidupan kita..=)..mari kita renung pd air sungai ciptaanNYA..airnya ttap mngalir walaupn berjuta batu mnghalang n try kaitkn dgn khidupan sharian kita...biarpn brmacam macam ujian dbrikn shgga mmbuatkn kita rsa kecewa..tp kita msti mneruskn khidupan kta sprti mnusia yg lain..hdup ini umpama roda,adakalanya kita di atas adakalanya kita d bwh..yg brada d atas x smstinya akn kekal d atas..oleh itu, brsyukurlah dgn stiap nikmat yg dbrikNYA..<3

    pabila kita brada d bwh..jgnlah sesekali kita brsdih n mngalah dgn ujianNYA.. dgn ksedihn yg d rsai ini mgkin krna ALLAH merindui rintihan suara hmbaNYA..jika bhgia itu adalah satu anugerah drpdNYA,maka anggaplah kepahitan itu adalah sbagai tarbiyah drpdNYA...pabila kita ikhlas n redha mnerimanya..maka kephitan 2 akan berlalu pergi n dtglah kmanisan yg mngisi untuk mnutup sgala ksdihn n kepahitan..biarkn kekecewaan berlalu agar kegembiraan 2 mewarnai..=)..biarkn kegelisahan lenyap agar kita kuat smngat untuk mngharunginya..biarkn penderitaan itu mnyapa agar kekuatn akn mnjana kita smula...

    Allah x mmbrikn apa yg kita mahu,tetapi DIA mmbrikn apa yg kita prlukn..kita minta bunga..DIA brikn kaktus berduri.Kita minta rama-rama,DIA mmbri ulat bulu..Namun begitu,kaktus itu berbubga indah skali dan ulat bulu mnjdi rama-rama yg sgt cntik..Kadangakala ALLAH smbunyikn matahari,DIA trbitkn hujan brsama ribut petir..kita trtnya tanay mana hilangnya matahari??rupa-rupanya ALLAH mmbrikn kita pelangi..itulah cara ALLAH..jauh diatas sgala galanya DIA telah mengatur apa yg trbaik untuk kita..
 "dan sesungguhnya kami akn mnguji kamu dgn prasaan ketakutan,kelaparan,kekurangn dari harta benda dan jiwa,dan juga tanaman..Dan gembiralah org2 yg bersabar"  bersabarlah atas sgala ujian yg dbriknNYA krna "sesungguhnya ALLAH bersama org2 yg brsabar"

kehidupan kita d selitkn dgn plbagai ujian namun d sbliknya ujian itu trsmbunyi dgn kbhgiaan..hehe...
  BIAR REBAH ASALKAN JANGAN BERUBAH,BIAR TERBUANG TERUSLAH BERJUANG....
senyum mujahid/mujahidah mmburu syahid..ikhlaskn kesabaran dan niat kita hnya kernaNYA..

Rabu, 4 Mei 2011

Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah di atas apa yg Kau berikan padaku Ya Allah... itu mbuktikan Kau masih lagi mnyayangiku..
Aku mohon ktabahan hati untuk menempuhinya, kerna ku yakin dan pasti apa yg kau berikan ini ada hikmahnya...
Ssungguhnya hny kepadaMu tempat ku mm0hon dan bserah...

Lindungilah khidupan mereka dari segala rasa yg aku alami ini Ya Allah, biarlah beban mereka aku yg tanggung.. kerna ku tak sanggup melihat mereka dalam ksusahan apatah lagi mngalir stitis air mata...

Ya Allah, kepada 'dia' yg sudi berada dhati...aku mohon padamu, lindungilah 'dia' dari segala anasir yg bisa mer0sakn 'dia' mahupn melalaikn 'dia'... Andai ini jalan yg dia pilih, aku redha dgn kputusan 'dia' dan aku pasrah dgn ketentuan dariMu...

Ya Allah, Hanya Engkau Yang Tahu Segala Isi Hatiku...

Ahad, 24 April 2011

Selamat Hari Ibu

Bulan mei datang kembali... hari ibu pun turut serta.. 
urmmmm... mcm thun2 sbelum ni. waktu mcm ni pasti Cik Jah dh kbingungn nk bg hadiah apa kat my m0m. laz present Cik Jah bg kain ela.. k0non nyew nk pki sama2 time raya thun lepas..

lazly, kain tu jd hak milik nyaie (klu org jawa tau la nyaie tu apa) hehehee...

thun ni?.. alahai, tk th mcm ne nk citew... aku hny mmpu bd0a utk nye m0ga tenang dsana, InsyaAllah. Cik Jah igt nk suggest kt abah nk wat kenduri sket nk kirim kt mak.. 

urrrrmmm.. s0ri la geng. xdpt nk c0ret byk la.. sebak sey dada.. pape pn, 
Al-Fatihah utk Mariah Binti Mardin a.k.a my m0m...

Mak, m0ga mak tenang dsana.
anak mu merindui mu selalu

6 Sept 1951 - 2 Ogos 2010

Selasa, 5 April 2011

Ofis-Uma-Kulai-Uma n sesuatu

mcm pelik jek tjuk entry aku kali ni. saja nk ng0mel2 time rest ni. nama jek time rest. tp aku xde mud pn nk rest... duk ofis g bez n mjimatkn. ye tak?.. lagi pn td pg aku dh balun 2keping r0ti tu.. huhuhu. n seplastik air h0rlick.. so rasa knikmatan tu masih terasa dperut aku.. hahaha..

ni berbalik pada tajuk entry.. actually smlm. dr 0fis dgn tak jem nyew (alhamdulillah, sbb aku mmg pndi bab strategik tmpt ni) huhuhu.. k stop! huhu.. pas balik 0fis tu, aku terus la balik uma kt Munsyi Ibrahim. n then tgu la kt dlm kete dlm satu jam. sbb akk aku tk wat g duplicate key. s0 dgn baik nye aku duk jek la dlm kete...

biler akk dh smpi jek kt uma, tb2 dia parking blkg kete aku. pelik gak sbb tk park kt garaj. dia ckp nk g uma umi.. sori, umi tu actually bakal mertua dia. so, dgn tk mandi nyew bawa kain baju tanpa malu mandi kt uma umi kt kulai. seb bek la kn bukn aku yg drive. jem giler sey jalan nk g Kulai.. so pada k0rg2 tu. xusah la mimpi nk balik kijew cepat kalau ngaler ke Kulai yer.. klu nk duk sana g0p.. cari la tmpt kijew yg dekat21.. huhuhu.. seyez.. mmg pnjg giler..

yg aku suke nyew smlm, sbb aku nek AHH.. apa tu AHH?.. tu no.flat akk.. kete alza tu.. huhuhu. mcm nek van. tp seyez, mmg slesa.. utk family car. mmg 0k la. n utk budget pjalann jauh pn 0k. seyez.. mmg ok sgt..

nk dpendekkn citew. pas mandi,mkn2 terus balik... smpi uma ada la dlm kul 10 lebey. huhuhu.. mata dh kuyu jek kn masa tu.. sampai uma jek, lepak2.. n wat satu panggilan.. jeng.. jeng.. jeng.. sapa tu yew?.. huhuhuhu.. 0f coz la katak ijo.. wish b'day kt dia. giler bapak, tgu kul 12 lama giler. mata dh rasa nk tutup jek. so, nk tk nk, mngalah la dgn masa. pastu dia kata, emhh!! igtkn luper.. sayang oi, mana sy leh luper tarikh2 insan2 yg sy sayang.. opzzzzzz!!!.. sens0r.. sensor.. huhuhu.. tp xbyk b0rak pn, sbb dia pn tgh bz lg. ntah ada karnival apa ntah dia kata kt sana. dia kene jual air.. huhuhu... mcm ne agak nyew ruper dia kn. dgn muke yg seyez tu.. ngeeeeeeee3x.. seyez2 pn, tp klu senyum.. alahai... cair.. cair.. hehehehe..
(harap2 dia tk baca entry aku ni merepek jek lebey) huhuhu

so, pas c0l tu. dgn baik nyew. aku tgu la gak kul 12. n wish. pastu tido. smpi pg tu akk aku yg kejut. padahal dh bangun.. tp ntah la.. huhuhuhu

Isnin, 4 April 2011

Dunia Baru

Assalamualaikum... wah! bersawang nyew bl0g Cik Jah ni..
lama tk pos entry kn?.. bz sket la, bukan takat bz tp bese la de 0rg jelez biler Cik Jah 0n9 kt tmpt kijew tu.. tp tu dl la... skrg?.. skrg len dh.. Cik Jah dh tukar tmpt kijew.. Alhamdulillah sangat2 dpt rezeki kt cni. h0pe dpt pnjg kt cni..

ermm.. KOPRIS Berhad.. tu nama 0fis Cik Jah.. huhuhu.. as a what?.. bese2 jek.. tp seyez. mmg ni yg Cik Jah idamkn selama ni.. Alhamdulillah la kn setelah bberapa kali usaha. akhirnya bbuahkn hasil..

Skrg dh jd 0rg JB ler.. Skrg Cik Jah mnertap kat Taman Munsyi Ibrahim.. kira dekat la ngan ofis. dlm kire2 5minit dh smpi.. pcaya tk?.. hehehhee...

nk dpendekkn citew, mmg byk dugaan Cik Jah bulan ni. mmg btl2 mnguji keimanan.. pape pn, Alhamdulillah sgt sbb Cik Jah leh hadapi nyew.. dengan snyum... hehehehe.. kn?.. tgk!! Cik Jah senyum.. huhuhu.. (^_____^)
c0mey kn?.. huhuhu...

4 April 2011
KOPRIS BERHAD
kt Bandar Uda Utama...
h0pe, segala2nya akn berubah...
InsyaAllah

Actually kn, rini b'day Katak Ijo taw.. tp sngaja nam0 wish kt dia.. tgu 12 tgh malam akhir 4 April.. huhuhu..alaaa, klu wish pn bukan nyew dia balas msg Cik Jah pn. alasan nyew???? lu pk la sndiri.. huhuhu..

k la, smbung citew len kali ye. k0mitmen tu penting.. hehehehe

Sabtu, 26 Mac 2011

Bahagia

Alhamdulillah, segala pujian hny kepadaNya.
aku tk th mcm ne nk kata rasa ati aku skrg. sukar nk digambarkan.
apa yg pasti, aku rasa bhagia sgt2. 
terima kasih Ya Allah di atas kurniaan ini.
aku rasa pderitaan ati aku selama ni terubat dgn kbahagiaan ini, aku seakan2 luper saket dan parut di hati ini.

(entry kali ini mmg berbentuk luahan ati btl2.hehehehehe)
I Lurve U 

Ahad, 20 Mac 2011

Saga FL Executive - White


haaaaa.. nampak? nampak? nampak?.. (ikut gaya nazmi RL5)
hehehehe.. cantek kn?
dengan bangganye Cik Jah nk kabo, ni la idaman Cik Jah. xbeso mana pn. ikut kmampuan.. seyez, mulanya Cik Jah tk la ttarik sgt ngan Saga ni. tp biler Saga FL ni muncul. Fuh!! Cantek menarik kau mmg deb0m!!~.. huhu

pasal rege lak leh tahan la...

ha!! kn?.. 0k kn?.. s0ri la tk leh beso g.. nk beso g.. pndi2 la zoom, sian k0rg.. hehehehe


~~((stereng))~~

~~((Dashboard))~~


~~((pintu sebelah pmandu))~~

~~((Radio/USB/CD Player))~~


~~((Lampu blkg))~~
mngancam kn?


~~((biler kete dbuka pintu))~~
hahaha.. mcm pelik jek ayat aku gune


~~((Sp0rtrim))~~
ni yg mbezakn Saga FL Standard n Executive

Pape pn, aku mmg tetap s0kong buatan Malaysia. klu bukan kiter sapa g kn?.. InsyaAllah, cukup tahun ni. aku amek la sbijik.. d0a2kn la aku dpt apa yg aku impikn.. sku pn tgh berusaha keras mnyimpan duit. tk pe, skit2 lama2 jd bukit. kn?.. 

Tapi kn.. ada brand baru dr pr0ton nama nyew KASTURI. sjibik mcm saga FL.. mcm ne tu?.. isy.. isy.. tetapkn iman aku. jgn tlalu mngikut khendak sedangkn diri tk mampu.. huhuhu

Isnin, 14 Mac 2011

Lirik Lagu Yantzen - Suci

Lirik lagu pilihan utk kali ni Cik Jah pilih lagu ni. huhu.. mnangkap sey lagu ni pada jiwa Cik Jah. dengar lagu ni teringat s0meone.. huhuhu.. sp tu?.. biarlah rahsia..  hahahaha.. tettttttttt... xpe la.. tk penting pn kn.. tp bg yg f0llow bl0g Cik Jah pasti dpt th siapa insan tu.. hahahaha... tralalalalala... 

gedebuk!!...
adessss~
bunyik pe tu?.. huhuhu..
s0und like gud.. but bad f0r my st0mach.. bc0z what?.. hahaha...
sbb gelak.. huhuhu...
apa yg jatuh tu?..
agak2 apa?.. 
dah2.. mlalut ntah pape.. j0m kiter hayati lagu ni...

**~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~**
Yantzen - Suci




Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling menyayangi
kita hulurkan persahabatan
dengan niat suci



Andai murni oh jiwa nurani
jika saling mengasihi
tuhan tidak memandang wajahmu
tapi hatimu



bersihkanlah jiwa dengan amalan
yang mendekatkan kita kepada yang Esa
aku redha apa yang di takdirkannya



Cinta suci yang telah engkau lafazkan
janganlah kau persiakan
aku mengharapkan kedamaian hati
bahgia bersama denganmu



bersamalah kita berdoa
semoga cinta kau dan aku
bisa tembus ke pintu syurga
berkat rahmatnya



Cinta yang berlandaskan suci
tidak pernah mungkiri janji
sama-sama menanggung rindu
dan jujur selalu hingga ke akhirnya
suci dan setia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com : PS Brushes by Obsidian Dawn