Kawan Cik Jah

Jumaat, 31 Disember 2010

Mana Satu Pilihan Hati


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak jawab, "dua-dua bukan..''
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Selasa, 21 Disember 2010

Layari Internet percuma melalui handphone




Rasanya teknik ini dah berbulan tersebar, but still teknik ini boleh digunakan.. Adakah maxis saja nak berikan perkidmatan percuma or ada kebocoran setting?? who know.. So,kepada yang dah tahu guna teknik ini, korang gunakanlah sepuas2nya, dan yang belum tahu meh sini Niza share kat korang..
Seriously, teknik ini dah niza guna sebulan dan cas internet yang diberi adalah rm0.00.. Whoa! Siapa yang tidak suka benda free kan, hehee.. Kalau boleh, semua benda kita nak free. So,kepada yang belum tahu caranya, ikut step di bawah ini..
1. Download dan install Opera Mini 5 ke dalam handphone korang. Korang boleh download terus via handphone melalui address ini: m.opera.com || Dan kalau korang malas nak membazir kredit (sebab phone korang takde WiFi, boleh lah download secara manual di http://www.opera.com/mobile/ kemudian install sendiri ke dalam phone korang.
2. Dah setel download dan install, korang kena ubah setting line phone korang dulu dari Maxis Line ke Maxis Broadband. Benda ni penting sebab ini yang membuatkan korang boleh online secara percuma tak kira di mana-mana sahaja. Follow cara berikut.
* Press * 100 #
* Select 7 for service
* Select 1
* Select 9 for Prepaid Broadband
* Select 4 for Server Switching
* Select 2 to switch to Prepaid Broadband
* Finally, press 1 to Proceed
3. Then korang akan dapat sms berbunyi “your SIM has been changed to the profile of Broadband. APN = bbnet you” dari nombor 28222. So sekarang line korang dah pun ditukarkan kepada Prepaid Broadband.
Bila korang tukar line SIM korang dari line kepada Prepaid Broadband, takde effect pelik yang jadi cumanya korang tak dapat nak receive atau send apa-apa MMS lagi. Tapi kalau korang nak switch back setting asal, follow je balik cara nombor 2 tadi.
So dah pun selesai. Now pergi kat menu application handphone korang untuk run Opera Mini 5 yang korang download & install tadi. Sekarang, korang dah boleh surf ape-ape website pun secara percuma. Tak percaya, try la surf apa-apa website dalam beberapa minit then check balance balik. Berkurang ke tidak balance korang tu? Tak berkurang kan? Nice!
Beberapa mobile web yang popular:
1. Facebook Mobile (m.facebook.com)
2. Facebook Touch (touch.facebook.com)
3. Yahoo Mobile (m.yahoo.com)
4. Youtube Mobile (m.youtube.com)
5. Gmail Mobile (m.gmail.com)
6. Google Mobile (m.google.com)
7. Twitter Mobile (m.twitter.com)
8. Myspace Mobile (m.myspace.com)
9. Ebuddy Mobile (m.ebuddy.com)
10. Zedge Mobile (m.zedge.net)

Sumber :  http://ituniza.com/Blog/archives/layari-internet-percuma-melalui-handphone/

Jumaat, 17 Disember 2010



yang lepas biarlah ia lepas.
yang mendatang,jadikan pengajaran dan pedoman.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI:

1. setle kan setiap masalah yang ada dengan segera.
2. jangan pendam walaupun pun sekecil zarah.
3. terus terang walaupun ianya menyakitkan hati.
4. ambil tindakan yang rasional untuk menyelesaikan masalah.
5. terima kelemahan masing-masing dengan open minded dan berusaha bersungguh-sungguh perbaikinya.
6. setia pada yang satu.
7. bezakan antara sayang,kawan dan lawan.
8. ikut kata akal bukan hati.
9. jangan masuk campurkan orang ketiga didalam hubungan.
10. meskipun jauh,tidak semestinya hati pun akan jauh,so jagalah lah orang yang kita sayang.
11. tepis ego,luahkan isi hati.
12. kalau rindu,jangan seksa diri untuk beritahu.
13. saling memaafkan kesilapan kerana setiap orang tidak lari dari melakukan dosa.
14. trust yourself to trust him.
15.jangan buat kerja bodoh bila dah tension "gler" tu.
16. berubah untuk kebaikan dan keselesaan orang yang kita sayang.
17. sentiasa beri peluang untuk orang yang memang benar-benar ingin berubah.
18. jaga kata-kata,kerana kata-kata lebih tajam dari sebilah pedang.
19. jangan menipu,sebab lama-lama mencuri.
20. jujur pada diri,next time someone akan jujur pada anda.
21. dengar dulu masalah,then baru buat keputusan.
22. sayangi sayang kita seadanya dia.
23. guide him kalau sayang kita buat silap.slow talk.
24. doa dan sembahyang jalan terbaik untuk selesaikan masalah.
25. jaga diri,untuk sayang kita.
26. ikhlas bila dating,menolong time dia susah and the most important,ikhlas sayangi sayang kita.
27. be a good listener,terutama bila sayang kita ada maslah.
28. try fahami dia because sometimes dia memang sangat busy or penat.dunia kita berbeza.
29. berikan masa,peluang dan ruang untuk sayang kita tunaikan janji dia tu.
30. jadilah perempuan yang bermaruah.jangan ganggu buah hati orang.and i promise i will never do this.
31. "i loveyou,i miss you,saya sayang awak..and so on" khas untuk orang yang memang benar-benar kita sayang sahaja.
32. jadilah perempuan sejati,bukan nya berjiwa lelaki tetapi bersifat menggoda.
33. after this,aku akan sayangi dia lebih daripada sebelum ni.yes i do.as you wish.i love you

Khamis, 16 Disember 2010

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥




Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..



~ALLAH knows BESt!~♥

Tentang Perasaan




Kasih…

Telah ku pendamkan perasaan ini… 
Jauh di lubuk hati 
Pasti takkan ada yang tahu 
Hendak ku ungkapkan terasa malu 




Andai cinta ditolak…
hati akan terluka 
Lalu ku doakan buatmu kasih 
Agar terbuka pintu hatimu 
Menerima diri ini seadanya




Doaku buatmu kasih… 
Jangan diacuhkan perasaanku ini 
Hati bergelora… 
Jantung berdegup kencang 
Tatkala kutatap wajahmu




Hendak disapa… 
Lidah kelu…
bisu seribu bahasa 
Lantas hanya sebuah senyuman… 
Penuh ikhlas kulemparkan padamu 
Namun, apa ada pada senyuman…? 
Jika hati ini memberontak duka 
Kasih yang dipuja tak mengerti




Maka ku doakan buatmu kasih 
Agar lembutlah hatimu 
Untuk menerima rinduku ini 
Sebagai pengobat segala resah di dada 
Agar terbuka pintu hatimu
Untuk menerima cintaku… 
Yang kian hari kian payah kupendam




Aku hanyalah wanita biasa yang ingin dicinta 
Dan hanya kaulah yang bisa menggetarkan duniaku 
Namun, kadangkala hati rasa sangsi 
Diakah takdir ku?

Rabu, 15 Disember 2010

Bukit Gambang Water Park

huhuhu... selama setahun bkerja baru saat ni aku dapat g bjalan2. 11-12 Dec 2010. Aku g bcuti dgn b0s n 0fismate aku. sy0k gak la wlupn agk mmenatkn. huhuhu.. mmg bpatutan gak la. aku bt0lak dr jb dlm kul 9malam. pastu dsebabkn kit0rg nyew h0mestay kt mentakab. s0 dlm kul4 pagi baru smpi.. i'm drive al0ne. xde driver pganti pn taw.. mau nyew tk semput aku.. huhhu.. tp xpe la. mcabar kredibiliti aku sbgi pemandu yg baru dpt lesen. hehehe..

J0M KITER ST0RY M0RY..


bez w0oooo.. g sni.. alaaa, bese la kn taman tema air.. sama gak mcm kt sunway lag0on 0r waterw0rld melaka tu. blainan tempat blainan cara nyew.. ye tk?..


gambar ni aku kasik besar bukan pe.. saja nk tlg pr0mote apa yg ada kt c2 tu. yg ttg price tu ada pbetulan skit. yg ni pamplet ntah zaman biler..
Adult : RM21.90
Child : RM15.90
kanak2 ktinggian 90cm kbawah adalah free...



Ni tempat pertama yg aku kije kn..mulanya tu xde b0ya. s0 aku men kt gigi air jek (mcm g pantai jek gaya nye kn?.. huhuhu) pastu dhada plampung. aku g la kt tgh2. mule nyew nk men air yg pancut2 tu. tp kt area tu rmi jantang. malu la..(aq kn mmg pmalu)

n then destinasi sterusnya...~




waaaarrrgggghhhh!! mulut ikan pirana tu mmg aku sangat suke. debuuusssshhhhhhh!!! biler muatan nyew penuh. akan tumpah la air. mjirus kami yg mmg sedia kat bwh utk djirus. mmg happening. mak bapak budak pn j0in sekali... bese la kn. biler dh jmp air. sumer jd x igt dunia.. huhu



pastu aku men2 kt sungai lak. mber aku kata ni l0ngkang. huhuhu..ni pn sy0k gak. ada satu simpang terakhir tu. kumpul rmi2 n biler bunyik seren. akn ada 0mbak.. fuh!! mmg sy0k giler babun.. smpi nek lenguh tangan aku tahan b0ya dr tkena 0rg. huhuhu


uhhh!! kpuasan kt cni jgn ckp.. aku mmg layan giler la... mmg bezzzzz.. kalah sunway lag0on.. sbb kt cni tmpt nyew mmg tgi.. sy0k giler babun wa ckp lu.. xde tmpt yg pling bez. ni la tmpt nyew.. 
(pr0mote lebey ni)



2 tempat ni aku tk bpelunag utk nek.. nyesal x g.. padahal sebelah jek dr tmpt yg aku kata pling bez tu.. xpe la. len kali klu de masa aku g tmpt ni aku nk main2 g.. uhuhu..(ntah biler agaknye)..


ni lak mmg 0rg dewasa tk leh men. khas utk budak2 jek.. xpe la. tmpt nyew pn tk la mcabar mana.. huhuu..

Ni jek la st0ry aku utk kali ini n utk h0liday kali ni. next vacati0n?.. aku tk th biler. tp insyaAllah, awal thun k0t. klu jd. mana tmpt nyew?.. ada la..

Isnin, 13 Disember 2010

Pembuka Bicara

Aku tak th la apa yg md0rong aku utk buka entry baru n bl0g baru. Aku rasa sr0nok sgt klu b'bl0gging ni.(pmusnah bahasa).. n aku rasa suatu kpuasan yg ... uhhh!!.. xtkata.. muahaha.ntah pape.

eh! apa la aku ni. dh kata pbuka bicara..

Assalamualaikum sumer. sihat ka?.. sy sihat.. huhu. mcm gaya tulis surat gaya2 budak2 dl2..(byk sgt pgunaan ayat brulang)... xde pe sgt aku nk citew sbgi pembukaan ni. cuma nk war2 kn yg aku dh de bl0g. hahaha.. pape pn. Selamat bbl0gging ye. Mungkin akan ada kisah2 mnarik, mb0sankn atau mungkin yg mnyeramkn akn aku k0ngsikn kt cni. cm perlu tgu dn lihat jek la ye...

Salam pkenalan..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com : PS Brushes by Obsidian Dawn