Kawan Cik Jah

Selasa, 1 November 2011

Berkecil hati itu berdosa?


Kisah Ayah dan anaknya
 
Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati "

I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pula yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Wah... Tapi kenapa pula? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah terlena dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ampun Tuhan...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. Orang tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili
So, the conclusion is...
Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

Untuk kengkawan
 
Saya ingin mengambil kesempatan mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya… andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^
Untuk dia, aku nak tengok macam mana rupa ko 'mati katak'...YOU MEAN IT!
Sumber

Rabu, 5 Oktober 2011

Ada Aku Kesah

Aku nk mlalut apa eak? aku pn tk pasti. tp rini Cik Jah rasa mcm nk sllu jek sebut pkataan tu.. 'Ada Aku Kesah?'...

huhuhuhu.. ko nk mngelamun ke, ko nk tt0nggeng ke, ko nk wat apa2 skali pun..

ADA AKU KESAH????

Cik jah ulang lagi skali..

ADA AKU KESAH???

muahahahahahaha.... xde pe... sj.. k la all..
caw cin caw

Selasa, 4 Oktober 2011

Kejadian seram Di Bilik ICU



Salah sebuah katil di wad ICU sebuah hospital swasta kerap kali mengalami kejadian yang amat pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di katil tersebut pasti akan meninggal pada waktu pagi setiap hari jumaat tidak kira umur, jantina mahu pun tahap kesihatan mereka.


Perkara ini membuatkan doktor di hospital tersebut menjadi binggung dan sungguh pelik. Lalu mereka memutuskan untuk memantau katil tersebut dengan meletakkan sebuah CCTV di dinding yang berhampiran dengan katil tersebut.


Hari yang di tunggu-tunggu pun tiba. Pada hari jumaat yang berikutnya, semua doktor yang terlibat sudah bersiap sedia untuk melihat dan mencari punca sebenar kejadian pelik yang berlaku di wad ICU hospital tersebut.


Tepat jam sembilan pagi, pintu bilik wad ICU tersebut di buka dan kelihatan makcik Halimah Jongang, seorang cleaner sambilan memasuki wad ICU tersebut untuk membersihkan wad seperti biasa.


Makcik Halimah Jongang adalah seorang cleaner sambilan yang bekerja di hospital tersebut pada setiap hari jumaat, sabtu dan juga ahad. Mengikut jadual yang telah di tetapkan, makcik Halimah Jongang akan membersihkan wad ICU tersebut pada setiap hari jumaat.


Seperti biasa, beliau memasuki wad tersebut dan menghampiri katil keramat yang sering kali meragut nyawa setiap kali hari jumaat menjelma. Lalu dia mencabut plug alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan plug vakum cleanernya….

Rabu, 14 September 2011

Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan juga di IPTS


Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan dengan faktor-faktor kesihatan. Ini kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini.

Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan nampak.

Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.

Bagaimana pula dengan Pak Lah yang selalu menjadi Imam di masjid-masjid, adakah beliau juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. Jadi bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.

Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam wajib memakai tudung.

Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK;
3)TUDUNG TERMOS;
4)TUDUNG CAT;


dan berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

P/S : kah! kah! kah! hahahahaha…. dah2… komen bawah n sambung wat keje…. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com : PS Brushes by Obsidian Dawn