Kawan Cik Jah

Jumaat, 28 Januari 2011

Pedoman Bagi Sang Pencinta

Dalam banyak2 pasangan kat luar sana, berapa peratuskah yang bercinta atas jalan dan keredhaan Allah S.W.T.. Berapa peratuskah yang sedar samada cinta yang mereka miliki sesama insan itu terbatas atau tidak dari landasan Islam? Hal ini byk berlaku pada pasangan yang belum berkahwin, berkapel konon... bercinta bagai nak rak 'I lap U sampai mati lah', 'I tak leh idup tanpa U lah'.. Adakah mereka sedar bahawa cinta antara manusia tidak akn berkekalan? Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan yang mengiringi.. Pertemuan dan Perpisahan umpama pasangan sejoli yang tak dapat di pisahkan.

Sedarlah wahai anak2 Adam...

1) Tempuhlah jalan pertengahan dan keseimbangan dalam cinta dan benci. Pesan Rasulullah S.A.W: ''Cintailah kekasih mu biasa-biasa sj, kerana b0leh jadi suatu hari nanti dia akan menjadi ssuatu yang kamu benci. dan bencilah ssuatu yang kamu tidak sukai dengan biasa2 saja, kerana b0leh jadi suatu hari nanti dia akan jadi ssuatu yang kamu sukai''...(Hadis Riwayat; Bukhari, Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majjah dari Abu Hurairah)

2) Imam Ali bin Abi Talib berkata : ''Jadilah engkau sebagai sumber kebaikan dan maafkanlah kesalahan orang lain, kerana kamu melihat dan mendengar sendiri apa yang kamu perbuat. Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia sedang-sedang saja. kerana kamu tidak tahu bila kamu akan mencabut cintai itu. Jika kamu membenci seseorang, bencilah dia sedang-sedang saja. kerana kamu tidak tahu bila kamu akan kembali mencintainya''

3) Riwayat lain mengatakan Allah berfirman : ''Wahai hambaKu, AKU adalah kekasihmu yang pertama, kau cintailah AKU dihari perjanjian, dan tatkala semua pencinta telah pergi meninggalkanmu, sedang AKU menghubungkanmu, maka kembalilah padaKu, nanti akan AKU muliakan engkau dengan kemuliaan pecinta''...

Sesungguhnya cinta ALLAH adalah cinta yang kekal abadi~

0 komen entry ni:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Blog Template by YummyLolly.com : PS Brushes by Obsidian Dawn